Monday, January 24, 2011

Mengukur ketinggian tangki IPRM dengan menggunakan bayangnya.



Gunakan formula yang berikut:

Ketinggian pelajar =   b
Ketinggian tangki(h)    c
165 141
  h       1851

h= 1851 x 165
         141
  =  2166.06 cm
  =  21.66 m

Kaedah menjalankan tugasan:

 




















    1. Mengukur jarak antara tangki dengan hujung bayangnya, a  dengan menggunakan tali.
    2. Tandakan jarak antara pelajar dengan hujung bayangnya, b dengan menggunakan batu.
    3. Ukurkan jarak tersebut dengan menggunakan tali.
    4. Tandakan jarak tersebut dengan membuat satu ikatan supaya dapat diukur dengan pembaris.
    5. Menggunakan pembaris untuk mendapat ukuran jarak masing-masing seperti yang berikut:

    Friday, January 14, 2011

    Ukuran

    Definisi dan Sejarah Ukuran
    • Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal, digunakan sebagai faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat.
    • Unit ukuran adalah antara peralatan yang terawal dicipta manusia
    • Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda, pembinaan tempat kediaman bagi bentuk dan saiz yang sesuai atau rekaan pakaian.
    • Sistem yang seragam bagi berat dan ukuran yang terawal diketahui telah dicipta pada abad ke-4 SM dan ke-3 SM di kalangan masyarakat Mesopotamia,Mesir dan Lembah Indus.
    • Banyak sistem diasaskan dengan penggunaan bahagian badan dan benda-benda di sekeliling sebagai alat pengukur contohnya, jungkal, depa, batu)
     Pada zaman dahulu...

           (a)Timbangan ( Berat )
    • Digunakan untuk mengukur berat sesuatu barangan.
    • Alatan yang dicipta untuk menimbang berat ialah seperti dacing dan pikul
    • Untuk menimbang emas, perak, bijih timah dan rempah.
          (b)Sukatan 
    •  Digunakan untuk mengukur isipadu sesuatu benda. 
    • alatan yang digunakan adalah seperti  kaul, cupak, gantang.  
    •  Untuk menyukat beras, bijih timah, rempah, garam, dan kacang.
           (c)Ukuran  
    • Masyarakat Melayu tradisional mempunyai kemahiran mengukur keluasan dan jarak antara dua tempat
    • .Berdasarkan tempoh masa berjalan atau berkayuh sampan melalui sungai seperti sepaluang, setanak nasi, sehari,sepekan   
    •  Untuk mengukur jarak pendek atau panajng sesuatu benda, ukuran berdasarkan anggota badan digunakan.seperti sejengkal, sehasta, sekaki, sedepa, dan sepemeluk.

      (d) Masa
    • tidak menggunakan unit yang tepat dalam mengira masa
    • hanya menggunakan jam matahari dan jam kaca
              (e)Suhu
    • pada zaman dulu, manusia tidak mempunyai unit bagi mendapatkan suhu
    • mereka hanya mempunyai anggapan sejuk dan panas
    • oleh itu, tidak wujubnya peralatan untuk mengukur suhu
    Pada zaman kini...
    (a) Timbangan (Berat)
      penimbang elektronik
    •   terdapat banyak alat yang boleh digunakan untuk menimbang ,salah satu ialah penimbang elektronik
    • Unit ukuran berat  seperti gram(g) ,kilogram(kg)
    • S.I Unit: kiloggram (kg)
    (b) Sukatan (isipadu)
    silinder
      bekas pengukur
    •  isipadu boleh disukat dengan menggunakan silinder,bekas pengukur dan sebagainya
    • unit: mm3,cm3,m3
    • S.I unit : m3
    (c) Ukuran 
    Pita pengukur  
    Pembaris
    • alatan yang digunakan untuk mengukur panjang atau jarak adalah seperti pembaris, pita pengukur dan sebagainya
    • Unit: millimeter(mm), centimeter(cm), meter(m), kilometer(km)
    • S.I unit: meter (m)
    (d) Masa
    Jam
    • menggunakan jam tangan untuk menentukan masa
    • unit saat, minit, jam
    • S.I unit: saat
     (e) Suhu
    termometer
    • menggunakan termometer untuk mengetahui suhu
    •  Unit: °C (darjah Celcius), F(Fahrenheit), K(Kelvin)
    • S.I. unit: K (Kelvin)
    •