Friday, January 14, 2011

Ukuran

Definisi dan Sejarah Ukuran
  • Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal, digunakan sebagai faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat.
  • Unit ukuran adalah antara peralatan yang terawal dicipta manusia
  • Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda, pembinaan tempat kediaman bagi bentuk dan saiz yang sesuai atau rekaan pakaian.
  • Sistem yang seragam bagi berat dan ukuran yang terawal diketahui telah dicipta pada abad ke-4 SM dan ke-3 SM di kalangan masyarakat Mesopotamia,Mesir dan Lembah Indus.
  • Banyak sistem diasaskan dengan penggunaan bahagian badan dan benda-benda di sekeliling sebagai alat pengukur contohnya, jungkal, depa, batu)
 Pada zaman dahulu...

       (a)Timbangan ( Berat )
  • Digunakan untuk mengukur berat sesuatu barangan.
  • Alatan yang dicipta untuk menimbang berat ialah seperti dacing dan pikul
  • Untuk menimbang emas, perak, bijih timah dan rempah.
      (b)Sukatan 
  •  Digunakan untuk mengukur isipadu sesuatu benda. 
  • alatan yang digunakan adalah seperti  kaul, cupak, gantang.  
  •  Untuk menyukat beras, bijih timah, rempah, garam, dan kacang.
       (c)Ukuran  
  • Masyarakat Melayu tradisional mempunyai kemahiran mengukur keluasan dan jarak antara dua tempat
  • .Berdasarkan tempoh masa berjalan atau berkayuh sampan melalui sungai seperti sepaluang, setanak nasi, sehari,sepekan   
  •  Untuk mengukur jarak pendek atau panajng sesuatu benda, ukuran berdasarkan anggota badan digunakan.seperti sejengkal, sehasta, sekaki, sedepa, dan sepemeluk.

    (d) Masa
  • tidak menggunakan unit yang tepat dalam mengira masa
  • hanya menggunakan jam matahari dan jam kaca
          (e)Suhu
  • pada zaman dulu, manusia tidak mempunyai unit bagi mendapatkan suhu
  • mereka hanya mempunyai anggapan sejuk dan panas
  • oleh itu, tidak wujubnya peralatan untuk mengukur suhu
Pada zaman kini...
(a) Timbangan (Berat)
    penimbang elektronik
  •   terdapat banyak alat yang boleh digunakan untuk menimbang ,salah satu ialah penimbang elektronik
  • Unit ukuran berat  seperti gram(g) ,kilogram(kg)
  • S.I Unit: kiloggram (kg)
(b) Sukatan (isipadu)
silinder
    bekas pengukur
  •  isipadu boleh disukat dengan menggunakan silinder,bekas pengukur dan sebagainya
  • unit: mm3,cm3,m3
  • S.I unit : m3
(c) Ukuran 
Pita pengukur  
Pembaris
  • alatan yang digunakan untuk mengukur panjang atau jarak adalah seperti pembaris, pita pengukur dan sebagainya
  • Unit: millimeter(mm), centimeter(cm), meter(m), kilometer(km)
  • S.I unit: meter (m)
(d) Masa
Jam
  • menggunakan jam tangan untuk menentukan masa
  • unit saat, minit, jam
  • S.I unit: saat
 (e) Suhu
termometer
  • menggunakan termometer untuk mengetahui suhu
  •  Unit: °C (darjah Celcius), F(Fahrenheit), K(Kelvin)
  • S.I. unit: K (Kelvin)
  •  
     

    No comments:

    Post a Comment